MU lonjak 3 tangga dengan 16 mata, tunduk Brighton 3-1

Kemenangan 3-1 ke atas Brighton meletakkan Manchester United (MU) di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris. (Gambar AP)

MANCHESTER: Manchester United (MU) melonjak ke separuh teratas tangga Liga Perdana Inggeris susulan gol sumbangan Andreas Pereira dan Marcus Rashford dan gol sendiri dari Davy Propper – memberikan kemenangan selesa 3-1 ke atas Brighton semalam.

Dengan kemenangan itu, MU bergerak selesa ke tangga ketujuh dengan 16 mata dari 12 perlawanan, mencatatkan rekod tanpa kalah di laman sendiri apabila menewaskan Seagulls dalam 12 perlawanan membabitkan kesemua persaingan.

Dengan kekalahan itu, Brighton yang mendahului MU sehingga semalam turun ke tangga ke-11 dengan 15 mata.

Pereira meletakkan United di depan pada minit ke-17, dengan rembatan dari dalam kawasan penalti sebelum menewaskan penjaga gol Brighton Matthew Ryan.

Propper membawa gol sendiri pada minit ke-19 sebelum Rashford menambah jaringan pada minit ke-66 iaitu dua minit selepas Lewis Dunk menyumbang gol tunggal bagi Brighton.