Manchester United Dan PSG berebut Mahu Dapatkan Zaniolo?

Nicolo Zaniolo dilaporkan sedang diintai oleh Manchester United dan Paris Saint-Germain. Foto: foxsportsasia

BINTANG Roma, Nicolo Zaniolo dilaporkan sedang diintai oleh Manchester United dan Paris Saint-Germain, menurut laporan.

Dilaporkan, kedua-dua kelab tersebut bersedia untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi mendapatkan pemain muda berusia 20 tahun itu.

Zaniolo yang juga pemain antarabangsa Itali berjaya menempatkan dirinya sebagai salah satu pemain tengah Eropah yang paling dicari sejak menyertai Roma musim lalu.

Bagaimanapun, dilaporkan Zaniolo berkata bahawa ketika ini dirinya masih belum tertarik melanjutkan karier di England bersama Manchester United.

Seorang lagi pemain Roma yang dikhabarkan menjadi buruan Manchester United adalah Edin Dzeko.

Sumber – foxsports.com