Man. United kena bebel dengan bini Romero di Instagram – “Tolong respek sikit laki aku!”

1210

DI belakang seorang isteri yang sedang marah-marah, terdapat seorang suami yang tak boleh nak kata apa-apa.

Isteri Sergio Romero, Eliana Guercio telah melepaskan geram habis-habisan di Instagram miliknya rentetan layanan buruk Manchester United terhadap penjaga gol itu musim ini.

Romero dilihat tidak lagi berada dalam perancangan pengurus Man. United, Ole Gunnar Solksjaer sebaik kepulangan Dean Henderson yang dipinjamkan ke Sheffield United musim lalu, sekali gus bakal berentap bersama David de Gea bagi merebut posisi penjaga gawang no.1 di Old Trafford.

Eliana kecewa dengan layanan buruk Man. United terhadap suaminya, Romero.

Lebih teruk, dia gagal berpindah ke kelab lain apabila dihalang berhijrah ke Everton sejurus sebelum jendela perpindahan pemain antarabangsa ditutup pada Selasa lepas.

Di sebalik kejayaan Romero memenangi Piala FA, Piala Liga, Perisai Komuniti dan trofi Liga Europa sejak tiba di Old Trafford pada 2015, tiada apa lagi yang boleh diperkatakan Romero apabila khidmatnya tampak seolah-olah tidak lagi diperlukan musim ini.

Baca juga:   Pemain lagenda bola sepak, Martin Peters meninggal dunia
Tangkap layar kekecewaan Eliana di Instagram.

Jikalau Romero sekadar mendiamkan diri, tetapi tidak buat isterinya, Eliana. Jangan mimpilah Man. United boleh terlepas daripada bebelan seorang isteri.

“Laki ai kerja keras tau untuk kelab. Last trofi yang diorang menang pun Man. United julang dengan laki ai tau.

“Berapa banyak semifinal dah laki ai turun main gila-gila, last-last sampai final duduk kat bench je.

“Kalau dah tak sudi, tolong la lepaskan laki ai pegi kelab lain. Untuk sekali ni je, tolong respek sikit laki aku!”, tulis Eliana.

Dari kiri: Sergio Romero, Phil Jones dan Marcos Rojo tersisih dan diketepikan Solksjaer bagi saingan UCL musim ini.

Namun, mimpi ngeri Romero tampak tidak berakhir dalam masa terdekat apabila turut diketepikan Solksjaer untuk saingan Liga-Liga Juara (UCL) musim ini bersama dua tonggak tersisih, Marcos Rojo dan Phil Jones.

Sebaliknya, Solksjaer lebih menaruh keyakinan terhadap kesemua pemain yang baru saja dibeli The Red Devils musim ini iaitu Edinson Cavani, Alex Telles, Facundo Pellistri dan Donny van de Beek yang didaftarkan untuk saingan UCL kali ini.

Baca juga:   bapa dan anak tiga tahun rentung

Sumber: Mirror UK