Malaysia Akan Menentang India Di Pestabola Merdeka

Foto : Kosmo

PETALING JAYA – Teka-teki lawan yang bakal dihadapi Harimau Malaya pada penganjuran Pestabola Merdeka akhirnya terlerai apabila diundi menentang India di Stadium Nasional Bukit Jalil, 13 Oktober ini.

Penganjuran ini adalah perlawanan sulung yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas ‘rumah’ Harimau Malaya itu jalani proses penukaran rumput jenis Zeon Zoysia.

Selain persiapan untuk hadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, pertandingan ini turut jadi peluang untuk Harimau Malaya perbaiki ranking memandangkan ia dilangsungkan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Sekalipun kita berada di ranking lebih bawah berbanding tiga pasukan lain, kita akan gunakan segala kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk mara ke final dan bergelar juara.

“Saya harap rakyat Malaysia dapat datang ke stadium untuk berikan sokongan kepada pasukan,” kata pengendali negara, Kim Pan Gon.

Palestin pula akan bertemu Lubnan bagi memburu slot final yang dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed yakin penganjuran ini dapat dilangsungkan dengan sempurna. 

Sumber : Kosmo