Elon Musk dedah mahu beli Manchester United: Penyokong bersorak ‘Glazers out’, tapi sebenarnya…

berita semsa

BILIONAIR yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk mendedahkan dia berhajat untuk membeli kelab bola sepak Manchester United Plc.

Bagaimanapun, taikun teknologi itu mempunyai sejarah menghantar ciapan yang tidak berkaitan, jadi masih tidak jelas sama ada dia merancang untuk meneruskan urus niaga berkenaan.

Ciapan Musk di Twitter

“Saya mahu membeli Manchester United terima kasih,” tulis Musk di Twitter.

Manchester United adalah salah satu kelab bola sepak yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia.

United adalah juara liga di England sebanyak 20 kali dan telah memenangi Piala Eropah, pertandingan kelab paling berprestij di dunia sebanyak tiga kali.

Kelab itu dikawal oleh keluarga Glazer dari Amerika Syarikat (AS).

Keluarga Glazer turut mendapat kecaman ramai selepas dikatakan gagal membawa kemajuan kepada United.

Keluarga Glazer membeli kelab itu pada harga 790 juta pound pada 2005, berikutan prestasi buruk pasukan di atas padang.

Kelab dengan gelaran The Red Devils itu juga mencatat rekod buruk apabila kalah dalam dua perlawanan sebelum ini.

Kelab bola sepak itu mempunyai permodalan pasaran AS$2.08 bilion (RM9.3 bilion), setakat penutup pasaran saham pada Selasa.

Beberapa golongan juga dilihat penyokong Musk untuk membeli Manchester United.

Untuk rekod, Musk sedang berusaha untuk keluar daripada perjanjian AS$44 bilion bagi membeli syarikat sosial media itu yang membawanya ke mahkamah.

Dia dilaporkan kehilangan lebih AS$49 bilion (RM215.35 bilion) sejak beliau mengumumkan rancangan untuk membeli rangkaian sosial Twitter sebelum ini.

Musk dikatakan memiliki kekayaan mencecah AS$209.9 bilion (RM922.19 bilion).

Ciapan terbaharu Musk

Bagaimanapun, Musk melalui satu ciapan terbaharunya menjelaskan dia sekadar berseloroh untuk membeli kelab itu.

“Tidak, ini sekadar gurauan, saya tidak akan membeli mana-mana kelab sukan,” katanya.