Bola Sepak : Mourinho Tak Balik Rumah Fikirkan Burnley

Pengurus Tottenham Hotspurs, Jose Mourinho (kiri) mengelak dirinya dari dirempuh pemain Manchester United, Daniel James (dua dari kiri) dan pemainnya, Harry Winks pada perlawanan Liga Perdana, semalam. - Foto AFP

LONDON: Jose Mourinho berkata dia tidur di pusat latihan kelab selepas kekalahan Tottenham kepada Manchester United pada pertengahan minggu.

Rekod 100 peratus Mourinho sejak mengambil alih Spurs berakhir selepas kekalahan 2-1 berdepan bekas kelabnya di Old Trafford.

Bagaimanapun dia enggan menelan kekalahan itu sebaliknya merancang kembali untuk saingan berdepan Burnley di laman sendiri malam ini.

Saya tidur di sini (pusat latihan), saya tinggal di sini, saya tidak balik ke rumah, jadi esok pagi jam 8 saya berada di sini buat apa? Burnley,” kata Mourinho.

Membuat analisis mengenai Burnley, cuba mengatur sesi latihan, mengatur mesyuarat, memilih video untuk ditayang mengenai Burnley.”

Itulah cara anda perlu buat dalam bola sepak. Jangan terima cara yang pasif.”

Kekalahan kepada United dialami selepas kemenangan berturut-turut dalam liga mengatasi West Ham dan Bournemouth selain layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Kini Mourinho mengarahkan skuadnya kembali membalas selepas kekalahan itu.

Sumber – AFP