Air mata Syifa Melvin iringi perjalanan Safawi Rasid ke Portugal

PENGHIJRAHAN pemain tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC malam tadi bukan saja ditangisi keluarga dan penyokongnya, tetapi juga pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Melvin.

Safawi yang juga pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi video yang dimuat naik di InstaStory pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah.

Video itu juga dimuat naik semula di InstaStory Syifa.

Air mata Syifa Melvin…

“Okay, dah nangis tadi. Dah lepas di rumah,” katanya.

Dalam video lain, Lia turut menulis kapsyen ‘Aku tahu kawan aku kuat’ dan dimuat naik semula Syifa.

Lia turut memuat naik gambar mereka bersama Safawi dengan keterangan;

Keluarga Safawi turut dilihat memujuk Syifa menanti kepulangan Safawi.

“All the best permata negara Safawi Rasid,” tulisnya.

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

Ahli keluarga Safawi juga dilihat memujuk Syifa untuk bersabar menanti kepulangan semula Safawi ke tanah air selepas menyertai kelab utama Portugal itu secara pinjaman selama semusim.

Sumber: Harian Metro