Vlogger maut dibakar hidup-hidup bekas suami semasa ‘live streaming’

PERSONALITI media sosial China yang dikenal sebagai Ram, meninggal dunia selepas mengalami lecur badan yang serius akibat dibakar hidup-hidup oleh bekas suaminya.

Ram yang juga vlogger terkenal berada dalam keadaan koma selama 16 hari sejak kejadian serangan kejam tersebut pada 14 September lalu.

Menurut laporan thesun.co.uk, Ram disimbah dengan petrol dan dibakar penceroboh yang memecah masuk ke dalam rumahnya semasa dia sedang bersiaran secara langsung di media sosialnya.

Ram meninggal dunia selepas 16 hari koma.

Setakat belum diketahui motif sebenar kejadian yang menyebabkan Ram terbakar 90 peratus tubuh badannya.

Namun desas-desus mendakwa serangan tersebut dilakukan bekas suami Ram yang dikenali sebagai Tang yang ingin membalas dendam selepas perceraian mereka.

Media tempatan melaporkan Tang turut menyerang Ram dengan pisau pemotong daging.

Menerusi satu lagi laporan, sesi siaran langsung yang diadakan Ram tiba-tiba menjadi gelap sebelum penonton mendengar suara jeritan.

Ram dah bekas suaminya itu dikatakan mempunyai dua orang anak lelaki hasil hubungan mereka sebelum berpisah. 

Sumber: Thesun.co.uk