Suami Isteri Bekal Senjata Kepada Warga Israel Diberkas

Baca : Polis Tahan Lelaki Warga Israel, Rampas Senjata Api dan 200 Butir Peluru

Pasangan suami isteri berjaya diberkas selepas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang.

Kedua-dua suspek warga tempatan yang berusia 42 dan 40 tahun ditahan  Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor kira-kira jam 7.15 malam, pada Jumaat.

Pihak polis juga berjaya menemui sepucuk pistol di dalam beg galas  dalam sebuah kereta di kediaman suspek di Kuala Selangor.

Menurut sumber, suspek lelaki dipercayai individu yang bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan passport Perancis.

Difahamkan, pasangan terbabit akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Sumber : Sinar Harian