Sidang Dewan Rakyat tangguh, beberapa kakitangan Dewan Negara Positif COVID-19

DEWAN Rakyat meluluskan usul untuk menangguhkan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada hari ini sehingga pukul pada 1 petang.

Keputusan itu dibuat berikutan terdapat kes positif COVID-19 melibatkan kakitangan Dewan Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan terdahulu mencadangkan usul untuk menangguhkan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada hari ini sehingga pada pukul 1 petang.

“Ini kerana mereka merupakan kontak rapat kepada ahli Dewan Negara dan mempunyai kaitan keluarga.

“Yang Berhormat mendapat penjelasan dari ketua whip masing-masing berhubung tempoh masa persidangan,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Takiyuddin, keputusan itu turut telah mendapat persetujuan daripada kesemua parti serta Speaker Dewan Rakyat dan wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, sidang Dewan Rakyat difahamkan akan kembali bersidang esok pada jam 10 pagi.