Maszlee Malik tinggalkan Tun M, umum tarik diri dari Pejuang

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengumumkan tarik diri daripada sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang (Pejuang).

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada situasi Covid-19 yang terkesan terhadap rakyat.

Dalam pada itu, Maszlee Malik turut menyatakan rakyat sudah bosan dengan senario politik negara sebaliknya menginginkan ahli politik yang lebih menjurus kepada penyelesaian isu masalah rakyat.

MAZLEE Malik sah tinggalkan parti Pejuang.

“Saya yakin rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis.

“Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan isu rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Pendidikan sebelum ini
akan tetap meneruskan usaha dan gerakan perubahan pendidikan menerusi kapasiti Ahli Parlimen Bebas dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan, tetapi keinginan dan kesempatan,” katanya lagi. – TheNews Malaysia