Siapkan lagu buat petugas barisan hadapan, Harry Khalifah akui sebak

    247

    Dalam untuk menyatakan sokongan buat petugas barisan hadapan sepanjang memerangi wabak Covid-19 di negara ini, penyanyi Harri Khalifah sempat menyiapkan sebuah lagu.

    Menurut Harry atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan, lagu berjudul Doa Wira Negara itu ditujukan khas buat petugas barisan hadapan kerana keberanian mereka dalam menyelamatkan nyawa rakyat di negara ini.

    Tambahnya lagi dia turut sebak selain turut berdoa agar perjuangan mereka ini diberkati Allah SWT.

    Sementara itu selepas hampir lima hari dimuatnaik melalui laman YouTube, lagu ini sudah mendapat tontonan sebanyak 600 ratus ribu tontonan.

    Malah melalui komen yang ditinggalkan ramai yang memuji sokongan yang diberikan Harry melalui lagunya ini. Malah tidak ketinggalan ada petugas barisan hadapan sendiri yang turut meninggalkan komen tersentuh dengan lagu gubahannya ini.