Seorang pegawai polis yang dikenali ‘Inspektor Shiela’ kini tular di media sosial dipercayai sebagai pempengaruh produk kecantikan.
Menerusi media sosial TikTok Lubuk Liza, Shiela atau nama sebenarnya S.Shiela Sharon, 35, dilihat mempromosi produk kecantikan sebuah jenama kosmetik.
Dalam video itu, Shiela turut disolek dan sempat bergurau sebelum meminta orang ramai untuk mencuba produk berkenaan.
“Cuba dahulu, tak kenal maka tak cinta. Siapa nak bagi sehingga 50 peratus diskaun, tak ada orang nak bagi,” katanya dalam video terbabit.
Sehubungan itu, rata-rata ramai terhibur dengan kelakuannya dan menyukai sisi dirinya yang dilihat lebih mesra.
“Berkali-kali ulang, macam tak percaya. Baik rupanya. Aku syak tak lama lagi dia jadi ‘influencer’ (pempengaruh),” kata Azam.
“Dia macam ada dua watak, masa okey ramah dan pandai bergurau. Kalau tak okey kerja nak bergaduh dan baran,” ujar Zahirah.
“Dia ni jenis ‘sporting’. Percayalah orang macam ini seronok jadi kawan. Saya suka Inspektor Shiela, tegas dan cantik,” jelas Bryan.
Terdahulu, Shiela dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.
Dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sumber : Kosmo