Selepas 15 Minit Baru Tersedar Anak Tertinggal Dalam Kereta

Anak yang tertinggal di dalam kereta selama 15 minit berjaya diselamatkan selepas keluarga kanak-kanak tersebut menyedarinya.

Video berdurasi 41 saat itu tular di media sosial memaparkan ahli keluarga kanak-kanak berkenaan bergegas keluar daripada rumah apabila menyedari anak mereka berusia tiga tahun berada di dalam kereta.

“Sejarah hidup tidak pernah lupa, tapi kali ini menjadi pengajaran. Anak tertidur dalam kereta bahagian belakang selama 15 minit. Semuanya selamat,” tulisnya di akaun Tiktok @farishal83.

 

Pemilik akaun menyedari ketiadaan anaknya itu apabila mahu bersalam-salaman dengan ayahnya sebelum berangkat pulang ke kampung.

“Tengah bersalaman dengan atok, atok nak balik. Tiba-tiba rasa sunyi dan nak salam yang kecil tiada.

“Mama teringat dalam kereta sebab ikut pergi hantar kakak ke sekolah. 15 hingga 20 minit tengah panas panas, nasib tingkap ada terbuka,” katanya.

Jelasnya lagi kejadian berkenaan sesuatu yang diluar jangka, berharap agar ianya menjadi pengajaran buat dirinya dan orang lain.

 

@farishal83Sejarah hidup tak pernah lupa..tapi kali ni jadi pengajaran…anak tertidur dlm kereta belah belakang..tak ingat keluarkan..15 minit jugak..semuanya selamat..

♬ Dj Entah Siapa Yang Salah – Alengka Record