Sebar Gambar Bogel Punca Lelaki Dibunuh dan Ditanam

 

Baca : Bunuh Saudara dan Tanam Belakang Rumah

Gara-gara tidak berpuas hati dengan mangsa yang menyebarkan gambar bogel rakan suspek, seorang lelaki dibunuh dan mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang pada 23 Disember lalu.

Susulan daripada kejadian itu, polis sudah menaham lapan orang suspek yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, lapan suspek itu terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia dia antara 19 hingga 46 tahun.

“Kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari mulai 24 Disember hingga esok (Jumaat) bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan sudah mendapat arahan tuduh ke atas enam suspek yang mana dua dituduh mengikut Seksyen 201 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Sinar Harian.

“Motif kejadian adalah tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa,” ujarnya.

Tambah beliau, lima suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu kesalahan bunuh manakal dua suspek dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan.

Sumber : Sinar Harian