Sanusi Nafi Dakwaan Kahwin Lagi Satu

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan dirinya berkahwin lagi satu seperti yang tular di media sosial kebelakangan ini.

Menurut Sinar Harian, beliau tidak berhasrat untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama beliau tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan mana-mana wanita.

“Belum lagi… mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh apa salahnya, orang Sik ka.. orang Alor Setar,” jelasnya dalam nada berseloroh.

Beliau ditemui media selepas merasmikan benih padi huma di Kampung Radik, Chepir di sini, pada Selasa.