Anak Ketua Polis Lahad Datu Maut Tertembak Diri Sendiri

Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di kediaman mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, hari ini.

Menurut Harian Metro, mangsa berusia 14 tahun ditemui berlumuran darah di sebuah bilik pada jam 12.42 tengah hari.

Ketika kejadian, Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berada di pejabatnya di IPD Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Sumber : Harian Metro