Rentas negeri tak lama lagi?

FOTO: Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan berhubung kebenaran rentas negeri yang akan diumumkan kelak.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 81 peratus populasi dewasa negara ini telah lengkap menerima vaksin.

Bagi tempoh beberapa minggu lagi tahap peratusan itu dijangka meningkat sekali gus memberi bayangan berhubung perkara itu.

“Insyallah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” katanya hari ini.

Jelas Ismail Sabri, beliau yakin pengumuman itu merupakan satu perkara yang amat dinantikan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah menyatakan syarat berhubung kebenaran untuk merentas negeri.

Perkara itu katanya perlu mencapai tahap 90 peratus dos lengkap vaksinasi melibatkan golongan dewasa.