Rahsia bertunang, Fara Hezel nikah hujung tahun

Penyanyi Fara Hezel menjelaskan kepada sebuah portal hari ini dia mempunyai sebab tersendiri mengapa memilih untuk merahsiakan majlis pertunanganya.

Sementara itu perkongsian Fara melalui laman sosialnya pada Ahad lalu rata-rata mengejutkan ramai pihak.

Menerusi perkongsian kakak kepada Aiman Tino ini juga, dia sudah menjadi tunangan kepada Tengku Mohammad Kamal Hishamudin yang juga seorang ahli perniagaan sejak 6 Julai lalu.

Difahamkan Fara dan tunangnya juga merancang untuk menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini.

Tahniah daripada pihak The News, nikah jangan lupa jemput ya.