Pos Malaysa catat kerugian bersih RM49.2 juta bagi suku pertama 2020

KUALA LUMPUR, 15 Jun  — Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) mencatatkan kerugian bersih yang rendah sebanyak RM49.2 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2020 berbanding RM141.1 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan merosot 6.1 peratus kepada RM558.5 juta.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata perolehan segmen pos daripada produk mel dan runcit adalah sebanyak RM190.3 juta, diikuti RM178.8 juta bagi kurier.

 
 

Jelasnya, semakan semula kadar pos, berkuatkuasa 1 Feb lepas yang sejajar dengan peningkatan kos operasi dan kadar antarabangsa, menyumbang secara positif kepada perolehan segmen pos.

Kumpulan itu mencatat peningkatan perolehan bulanan sebanyak RM11 juta bagi perniagaan mel pada Februari 2020, namun jumlah mel merosot pada Mac 2020 akibat pandemik COVID-19.

Menurutnya, perniagaan kurier turut menyaksikan kenaikan jumlah bungkusan sebanyak 6.7 peratus tahun ke tahun, disumbangkan oleh permintaan memberangsangkan daripada pasaran dalam talian dan e-dagang.

Katanya, segmen penerbangan menyumbang perolehan RM62.8 juta kepada kumpulan, terutamanya daripada perniagaan kargo dan pengendalian darat, manakala perolehan segmen logistik sebanyak RM75.5 juta disumbangkan khususnya oleh perniagaan pengendalian pengangkutan dan automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Syed Md Najib Syed Md Noor berkata transformasi Pos Malaysia yang sedang dilaksanakan, terus menunjukkan kemajuan dengan segmen pos mencapai keuntungan kasar lebih baik apabila syarikat mula merealisasikan manfaat daripada penambahbaikan operasi, kecekapan kos dan inisiatif perniagaannya.

 “e-dagang telah dan akan terus memacu segmen kurier. Penghantaran adalah elemen utama dalam perjalanan pelanggan e-dagang, dan kami yakin automasi pusat penyusunan bungkusan dan usaha pendigitalan kami dalam menggunakan sistem kesan dan jejak yang baharu akan memberikan kami kelebihan daya saing dan meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya.

Mengenai masa depan, kumpulan itu berkata kesan kadar semakan semula pos akan mengurangkan impak kewangan akibat kekurangan jumlah mel dan meningkatkan perolehan Pos Malaysia bagi tahun kewangan 2020.

Ia turut menjangkakan kenaikan perolehan tahunan antara RM100 juta hingga RM150 juta dalam perniagaan mel berbanding tahun sebelumnya.

Pembukaan semula perniagaan terutamanya pengendali mel pukal dan peningkatan jumlah kemasukan individu ke cawangan Pos Malaysia dijangka menambah baik perniagaan mel dan runcit kumpulan, katanya.

 

 

Credit :  BERNAMA

Most Popular

Faizal Azumu kini Menteri Besar Perak sementara

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau kini kekal menjadi Menteri Besar Perak namun ia dibawah kerajaan sementara sehingga rombakan baru...

“Saya tak akan bubar DUN” – Ahmad Faizal

DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau tidak akan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah...

Danial Zaini buat pengakuan jujur – “Video tular atas katil tu memang diri saya”

PELAWAK Danial Zaini akhirnya mengakui video tular di atas katil sambil menyanyikan sebuah lagu di laman Twitter adalah dirinya. Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 27,...

MB Perak gagal peroleh majoriti, akan berlaku peralihan kuasa?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi usul undi percaya terhadapnya hari...