Polis temui mayat wanita Indonesia dalam pondok bersama bayi

MAYAT wanita warga Indonesia dipercayai meninggal dunia semasa bersalin ditemukan bersama bayi lelaki yang masih bernyawa di sisinya, di sebuah pondok di Jalan Parit, Kampung Piandang, Pusing di Perak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri berkata mayat Yanti Abas, 35, bersama seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan orang awam sebelum memaklumkannya kepada Balai Polis Pusing pada kira-kira 6.35 petang.

Katanya semasa tiba di lokasi, polis menemukan mayat wanita itu yang ditutup menggunakan selimut dipercayai telah lima jam meninggal dunia bersama bayi lelaki di sisinya dengan tali pusat serta uri yang telah dipotong.

“Pasukan forensik yang hadir di tempat kejadian tidak mengesan sebarang unsur jenayah di lokasi dan tubuh badan si mati. 

Dipercayai ada orang yang bersama si mati semasa dia bersalin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata polis tidak menjumpai saksi di lokasi untuk membantu siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh untuk bedah siasat esok bagi mengetahui punca kematian manakala bayi lelaki tersebut diserahkan kepada Hospital Batu Gajah bagi pemeriksaan lanjut.

Katanya keputusan pemeriksaan saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas mayat belum diperoleh dan polis telah memaklumkan kejadian itu kepada pihak kedutaan Indonesia serta Interpol bagi tujuan penghantaran pulang mayat ke negara asal.

Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mengesan suami atau waris si mati, katanya.

Sumber: Bernama

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...