PM Hulur Sumbangan Kepada Jay Jay


Farhan Fauzi - Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar IbrahimPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan buat penyanyi pop veteran negara, Mohd Fauzi Darus atau lebih dikenali sebagai Jay Jay yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi telah mewakili beliau dalam menyampaikan sumbangan tersebut di IJN pada Khamis.

445011152_1035509261263974_107920775836100630_n.jpeg

Selain menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban, kunjungan tersebut adalah untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Bayangan itu.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan kata-kata semangat agar Jay Jay diberi kesembuhan di samping dikurniakan kekuatan dan kecekalan dalam menghadapi dugaan tersebut.

“Mendoakan agar saudara Jay Jay lekas diberi afiyah lantas dikurniakan kekuatan dan kecekalan, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan.

Jay Jay, 67, merupakan bekas vokalis dan pemain bass bagi salah satu kumpulan yang sangat popular pada tera 70-an, Carefree yang terkenal dengan lagu Dendangan Laguku, Belaian Jiwa dan Si Baju Hijau.

Selain menceburi bidang seni bersama Carefree, Jay Jay juga berjaya mengeluarkan beberapa album solo miliknya sendiri termasuk Kau Yang Tersendiri, Keasingan Dalam Luka dan Kurnia.  Sumber – Malaysia Bangkit