Pihak berkuasa dikecam lambat bertindak, ATM keluar tanpa ‘RESTU’?

TRAGEDI banjir yang melanda di Shah Alam merupakan insiden yang yang terburuk pernah berlaku berbanding sebelum ini.

Dalam situasi sukar, pastinya ramai pihak yang terkesan mengharapkan bantuan segera daripada pihak berkuasa terutamanya bagi mangsa yang masih terkandas di kediaman mereka.

Tidak ketinggalan ada juga pihak yang mengecam tindakan berkuasa berikutan kelewatan pihak tersebut untuk bertindak.

Berbeza pula kisah mengenai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan telah bergerak lebih awal malah difahamkan ia tanpa ‘restu’ pihak atasan bagi operasi menyelamat tersebut.

“Ia sampai ke satu tahap, di mana kami (kementerian pertahanan) memutuskan, untuk tidak mempedulikan Nadma,” kata sumber itu kepada Free Malaysia Today.

“Air banjir sudah meningkat, kami tidak mahu menunggu lagi.” Disebabkan itu, selepas solat Jumaat, ATM sudah bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas,” memetik sumber tersebut.

Pada petang Ahad, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya bahawa beliau telah memberi taklimat kepada ATM mengenai situasi di Klang.

Sumber itu berkata Mindef (kementerian pertahanan) juga “muak” dengan Nadma dan kerajaan Selangor.

Setakat ini, situasi banjir di Selangor masih terkesan di beberapa kawasan dan keadaan cuaca hujan yang tidak menentu mencetuskan kebimbangan penduduk sekitar.

Operasi menyelamat dan bantuan keperluan penduduk juga sedang giat dijalankan terutamanya di kawasan Sri Muda.