Pesawat Ringan Terhempas di Kapar, Klang. Kerja-Kerja Mencari Mangsa Dijalankan

Orang awam memaklumkan bahawa terdapat sebuah pesawat ringan terhempas sekitar kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar

Kejadian terbabit dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmu.

Menurut pihak bomba, setakat 2.45 petang mangsa belum ditemukan dan kerja-kerja pencarian mangsa giat dijalankan.

Video orang awam bersama beberapa bangkai pesawat tersebut tular di media sosial hari ini.