Maybank dalam satu kenyataan menerusi laman web rasmi mereka memaklumkan bahawa terdapat gangguan perkhidmatan pada 14 Januari 2024.
Gangguan perkhidmatan itu adalah disebabkan penyelenggaraan sistem berjadual yang merangkumi laman Maybank2u (website dan aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Bizz.
Kesemua sistem ini tidak dapat diakses pada hari berkenaan bermula di antara jam 3 pagi hingga 6 pagi.
Justeri, pengguna dinasihatkan untuk melakukan urusan perbankan sebelum gangguan berlaku dan pihak Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.