Myvi Dihanyutkan Arus Deras, Wanita Berjaya Diselamatkan

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta Myvi yang dipandu terbabas ke dalam longkang besar sebelum dihanyutkan arus deras.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Bukit Samsu, Jalan Kota Tinggi-Mersing.

Dalam sebuah rakaman video yang tular di media sosial, wanita tersebut kelihatan berpaut pada belakang kenderaan. Kemudian, dua lelaki bertindak pantas terjun ke dalam longkang untuk menyelamatkan  wanita itu.

Tindakan berani dua lelaki itu mendapat pujian daripada warga maya.

“Syabas jadi hero. Derasnye air banjir tu. Harap tak ada mangsa lain

“Alhamdulillah. Terima kasih abang tu yang sanggup terjun. Kakak tu paut pada kereta sebab takut lepas, kang tenggelam. Bukan sayang kereta. Alhamdulillah

“Besar pahala abang ni. Semga Allah membalas dgn sebesar-besar ganjaran dunia dan akhirat,” tulis mereka.