Peragut maut dirempuh

Tidak sempat menikmati hasil barang yang dicuri, seorang lelaki yang disyaki peragut maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Antara Gapi, Ulu Yam di Kuala Kubu Bharu.

Suspek menaiki motosikal bersama rakannya itu difahamkan baru sahaja meragut rantai seorang lelaki di pekan Kuala Kubu Bharu beberapa jam sebelum itu. Bagaimanapun dalam kemalangan itu rakannya hanya cedera ringan dan kini berada dalam tahanan pihak Polis.

Sementara itu melalui laporan Harian Metro Sebaik suspek membuat pusingan U di persimpangan terbabit, motosikal dinaiki mereka kemudiannya dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.

“Akibat kejadian itu, pembonceng motosikal berkenaan maut di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, siasatan lanjut mendapati suspek yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau manakala rakannya itu tiada rekod jenayah.