Penunggang motosikal maut akibat rempuh lembu

Gambar hiasan

Dua orang pemuda yang menaiki motosikal maut selepas merempuh seekor lembu yang berlaku di Kilometer 4, Jalan Kuala Pueh-Payang Kayu di Kuala Berang, semalam. 

Kejadian yang berlaku lingkungan jam 8.25 malam, penunggang yang bernama Muhammad Noor Hafizie Mohd Razelam, 19, parah dibahagian muka dan kepala manakala rakannya, Wan Muhamad Haikal Daniel Wan Mohd Hilmi, 17, parah di muka dan tangan. 

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika dua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Pueh untuk pulang ke rumah di Kampung Tapah.

Kemudian menurut laporan Harian Metro, sebaik sampai di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba melintas, namun jarak yang dekat menyebabkan penunggang motosikal Yamaha 150Z itu tidak sempat mengelak lalu merempuh lembu itu.

“Pelanggaran itu menyebabkan motosikal dinaiki dua mangsa hilang kawalan lalu terbabas di kiri jalan menyebabkan kedua-duanya cedera sebelum mereka dibawa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan.

“Bagaimanapun, mereka dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu berikutan kecederaan parah yang dialami mereka.

“Dua mangsa masih dirawat di HSNZ Kuala Terengganu dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dipetik Harian Metro.