Pengasas KK Mart, Isteri Mengaku Tak Bersalah. Hadapi Tuduhan Lukakan Perasaan Orang Islam Jual Stoking Kalimah Allah

Pengasas KK Mart dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan dengan sengaja melukakan perasaan agam orang lain dengan menjual stoking yang tertera kalimah Allah.

Datuk Seri Chai Kee Kan dan Datin Seri Loh Siew Mui membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Turut dituduh adalah kedua-dua syarikat iaitu KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) dan pengedar yang masing-masing diwakili Kee Kan dan Chin Huat.

Kedai serbaneka tersebut menjadi tumpuan media dan orang awam di Malaysia susulan pembongkaran beberapa pasang stoking yang tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaiannya.

Sumber : Astro Awani