Parkir percuma di bahu jalan bandar Kuala Lumpur, dapat jimat duit untuk beli barang keperluan

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu bagi memastikan orang ramai dapat berjimat selain menggunakan wang untuk membeli keperluan keluarga.

“Saya bersetuju mulai esok sehingga 31hb Ogos,semua tempat letak kereta bahu jalan(Road side parking)dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur adalah percuma.

“Pengguna tidak perlu bayar apa apa dan di harap penjimatan itu dapat di gunakan utk membeli barang keperluan keluarga,” katanya menerusi perkongiannya di Twitter hari ini.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu masih belum dimaklumkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Secara keseluruhan, sebanyak 46,100 ruangan tapak parkir kenderaan di bahu jalan sekitar Kuala Lumpur.