Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Masih Rosak

Rakaman dron seorang pemilik Youtube menunjukkan keadaan terkini Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang perlawanan keempat Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman pada Selasa ini.

Padang stadium kelihatan tidak berada dalam keadaan baik dan masih rosak, bertompok dan berpasir pada bahagian rumput.

Pada 12 Mac yang lalu, pemilik akaun yang sama memuat naik keadaaan padang yang mengalami kerosakan teruk selepas digunakan untuk Ed Sheeran pada 24 Februari.

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac memberikan bayangan keadaan padang itu dapat diperbaiki menjelang perlawanan tersebut.

Beliau melalui Instastory miliknya turut tidak sabar menunggu hari perlawanan tersebut selain mengajak orang ramai memenuhi stadium menyaksikan aksi Harimau Malaya.

 

Sumber : Sinar Harian