Padah mencuri dan berkelakuan tidak senonoh, Aliff Aziz dipenjara dua minggu

PENYANYI Aliff Aziz dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan denda $500 bersamaan RM1500 selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Alif Aziz, 29, mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura atas dua pertuduhan pada 7 Ogos lalu.

Dia didakwa mencuri wang sebanyak $300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw menjelaskan, Aliff kemudian mengakui mencuri wang tersebut kerana “dia memerlukan wang.

Aliff kemudian menggunakan wang tersebut untuk kegunaan membeli makanan serta bayaran pengangkutan.

Sementara itu dalam kes berbeza,  Aliff didapati mabuk di bawah jambatan pust membeli-belah Orchard Towers sekitar pukul 5.30 pagi, 10 November 2019.

Dalam kejadian tersebut, seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang.

Sarjan Theodore Lee, 24, kemudian meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhi arahannya dan berlalu pergi. Dia kemudian kembali melakukan tindakan serupa sekitar satu jam kemudian.

Sumber: The Straits Time Singapura