“Ni Bukan Sekolah Anak Awak” – Shahrol Shiro Terkejut Cikgu Call, Hantar Anak Salah Sekolah

Banyak gelagat dan momen yang boleh kita lihat di media sosial memandangkan minggu ini merupakan baru sesi persekolahan tahun 2024. Gelagat ibu bapa menghantar anak ke sekolah terutama yang baru masuk darjah 1 dan sebagainya.

Antara yang turut berkongsi momen itu adalah Shahrol Shiro di Tiktok.

Seperti ibu bapa yang lain, Shahrol menghantar anaknya, Rizqi atau Iqi pada hari kedua persekolahan. Selepas beberapa jam menghantar anaknya dia mendapat panggilan telefon daripada pihak sekolah (SK Kampung Melayu).

 

@shahrol.shiroAtas faktor kesibukan kerja, sy minta bantuan isteri uruskan kemasukkan darjah satu sekolah anak. Dalam perbincangan nak masukkan Iqi ke sekolah mana, ada dua nama sekolah yang disebut. Cerita hari ini, sy hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam hantar Iqi, sy dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah. Risau jugak la kalau ada apa2 berlaku, rupanya sy tersalah hantar anak ke Sekolah 🤣🤣🤣 Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa tu. Terus dia jumpa cikgu bagitau “Cikgu, rasanya saya salah sekolah ni”. Cikgu tengok nametag dia “Eh, betullah, kamu bukan sekolah sini”. Terus dia hantar ke pejabat. Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah yer Iqi 🤣🤣🤣 dan terima kasih cikgu2 yang membantu 🙏🙏🙏

♬ bunyi asal – Shahrol Shiro

“Lepas beberapa jam hantar Iqi, saya dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah. Risau juga la kalau ada apa-apa berlaku, rupanya saya tersalah hantar anak ke sekolah

“Awak salah hantar anak awak ke sekolah. Ini bukan sekolah anak awak,” ujar cikgu di sekolah SK Kampung Melayu.

Menurut Shahrol, atas kesibukan kerja segala urusan sekolah anak diuruskan oleh isterinya.

“Dalam otak saya ni dia Sekolah Kampung Melayu. Kata orang rumah tadi, ‘hantar anak dekat mana?

“Saya kata Sekolah Kampung Melayu.

“Dia Sekolah Tunku Mahmood!” kongsinya bersama cikgu yang berada di pejabat sekolah.