Pondan seksi tengah syok celebrate birthday party, terperanjat diserbu pejabat agama

LAGAK mereka seperti wanita, namun hakikatnya mereka adalah lelaki. Itu tindakan sekumpulan individu yang menyertai majlis sambutan hari jadi yang diadakan di sebuah hotel di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah malam tadi, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, semua 30 lelaki dipercayai pondan itu hanya mampu terkedu apabila premis itu diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Kesemua pondan berusia antara 20-an hingga 40-an itu didapati berpakaian wanita seperti gaun dan berbaju kebaya.

Malah, majlis itu turut dihadiri ramai tetamu termasuk wanita dan warga emas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan dilakukan pihaknya pada 10.30 malam selepas menerima maklumat berhubung majlis berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya tiba di lokasi dengan beberapa anggota polis sebelum mendapati ramai tetamu di ruang hotel berkenaan.

“Bagaimanapun, kami meminta mereka yang tidak berkenaan bersurai dan hasil pemeriksaan mendapati, terdapat 30 lelaki yang berpakaian wanita dan disyaki pondan.

“Bagaimanapun mereka tidak ditahan, sebaliknya hanya diberi notis hadir ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) pada tarikh ditetapkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di lokasi serbuan, malam tadi.

ANTARA lelaki berpakaian wanita (kiri) yang disoal siasat bagi membantu siasatan ketika di lokasi serbuan malam tadi. Gambar kredit – Harian Metro

Beliau berkata, pihaknya turut memberi amaran kepada seorang lelaki dipercayai penganjur majlis itu yang berusia 30-an dan dia turut diarah untuk hadir ke pejabat agama bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Radzi berkata, kesemua pondan berkenaan didapati menetap sekitar daerah ini, selain ada yang berasal dari Selangor dan negeri lain.

Katanya, ketika serbuan, pihaknya mendapati ada acara pakaian beragam dan nyanyian karaoke berlangsung.

“Kita difahamkan, program ini bermula pada 9.30 malam sebelum serbuan dilakukan sejam kemudian.

“Kesemua pondan terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Radzi berkata, penganjur itu pula akan disiasat mengikut Seksyen 31 enakmen sama kerana menggalakkan maksiat.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan dia boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Operasi disertai 30 anggota penguat kuasa JAIK dan PADKP yang berakhir 12.30 tengah malam,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...