Model seksi rakam gelagat ‘si mata keranjang’ daripada poket belakang, hasilnya memang memeranjatkan!

SEORANG wanita nekad merakam gelagat lelaki-lelaki gatal dengan meletakkan telefon bimbitnya di belakang poket.

Hasilnya, model itu berjaya merakam aksi beberapa individu mata keranjang yang tidak berkelip melihat bahagian punggungnya.

Dalam video yang mula tular itu, Alexas Morgan, 24, menjelaskan dia mahu melihat berapa ramai lelaki yang merenung ke arah punggungnya sebelum meletakkan telefon bimbitnya di poket belakang.

“Saya nak tengok berapa ramai lelaki yang akan merenung ke arah punggung..

Video kompilasi berkenaan turut menunjukkan beberapa lelaki terus berpaling melihat susuk tubuh Alexas sebaik sahaja dia melintasi kawasan supermarket dan juga bar.

Trend merakam individu yang memandang ke arah tubuh badan seseorang individu ini sebenarnya bermula daripada aplikasi TikTok.

Ia kemudian menjadi ikutan ramai di media sosial.

Video hasil rakaman Alexas turut dikongsi di laman instagram dan mendapat lebih 120,000 tanda suka.