Lari ke tanah perkuburan kerana takut kena cucuk vaksin

SEORANG warga emas di Indonesia menimbulkan cemas apabila sanggup berlari ke kawasan tanah perkuburan kerana takut untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @infobekasi.coo itu menunjukkan dua lelaki dengan seorang daripada mereka pegawai polis mengekori individu terbabit ke dalam kawasan perkuburan berkenaan.

“Ini sekali lagi mengejar orang yang lari kerana takut divaksin, bersembunyi di tanah kubur,’’ jelas lelaki yang merakam video tersebut.

Pegawai polis tersebut kemudian cuba memujuk lelaki berkenaan untuk mengambil suntikan vaksin. 

Walaupun lama bersembunyi, akhirnya lelaki itu sanggup berbuat demikian setelah dipujuk oleh pegawai polis berkenaan. 

Perkongsian tersebut juga mengundang pelbagai reaksi masyarakat.