Kontrak Ditamatkan, Kaka Azraff Ingin Penjelasan Rasmi

 

Beberapa minggu yang lalu tular isu penyanyi Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Azraff, 34, yang meninggalkan komen terhadap pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Warner Music, pihak mereka terpaksa menamatkan kontrak penyanyi yang popular dengan lagu Bukan Hal Aku kerana penggunaan kata-kata yang kasar terhadap Nathaniel Buzolic.

Kaka menerusi satu sidang media yang diadakan petang Rabu menjelaskan dirinya sedikit pun tidak terkilan dengan penamatan kontrak oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. Bagaimanapun, menurut Kaka dirinya terkilan dengan cara pihak syarikat rakaman yang secara tiba-tiba menamatkan kontraknya tanpa sebab yang jelas dan rasmi

“Sebagai salah seorang artis rakaman, dan di antara yang paling lama di Warner Music Malaysia, saya percaya, paling kurang, saya seharusya diberikan sebab rasmi yang menjelaskan mengapa pihak pengurusan Warner Music Malaysia memutuskan untuk menamatkan kontrak saya,”jelasnya.

Kaka juga menjelaskan sekiranya tiada jalan penyelesaian, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang berhubung kesan selepas penamatan kontrak.

Sumber : Officialhlive & Kosmo