KKM sedia maklum pesakit COVID-19 tidak kebal jangkitan kali kedua – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum bahawa tiada bukti lagi bahawa pesakit COVID-19 yang sembuh, kebal daripada jangkitan kali kedua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata walaupun ada respons antibodi IgM (immunoglobulin M) and IgG (immunoglobulin G) ia tidak melindungi pesakit daripada jangkitan kali kedua. 

“Setakat ini kita (Malaysia) tiada kes jangkitan kedua lagi tetapi antibodi tidak berkemampuan untuk melindungi mereka. Mereka masih perlu ambil langkah pencegahan dan jaga kebersihan untuk mengelakkan jangkitan kali kedua,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata demikian pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini apabila ditanya pemberita mengenai kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang tiada jaminan bagi mereka yang telah pulih daripada jangkitan dan mempunyai antibodi dalam tubuh tidak akan dijangkiti kali kedua. 

WHO juga berkata pengesanan antibodi yang bertindak terhadap SARS-CoV-2, iaitu virus yang menyebabkan COVID-19, bukan bermakna ia pasport imuniti atau sijil bebas risiko yang akan membolehkan individu untuk mengembara atau kembali bekerja atas tanggapan mereka kebal terhadap jangkitan semula.

Mengenai rakyat Malaysia di luar negara yang dikesan positif COVID-19, beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada International Health Regulatory Committee di KKM untuk direkodkan.

Rakyat Malaysia juga perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan di sesebuah negara sebelum negara berkenaan membenarkan mereka pulang ke tanah air.

“Contohnya, jika positif COVID-19, mereka perlu mengikuti proses kuarantin di negara berkenaan dan negara itu juga akan memaklumkan kepada kita jika kes-kes itu pulang ke tanah air,” katanya.

Dr Noor Hisham sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa tiada anggota kesihatan yang bertugas di wad COVID-19 atau merawat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata lebih 80 peratus daripada anggota kesihatan yang dijangkiti adalah daripada komuniti seperti majlis perkahwinan dan bukannya ketika bertugas di wad COVID-19.

Jelasnya, jangkitan itu bukan kerana isu kekurangan peralatan pelindung diri (PPE) memandangkan hospital awam dan swasta sememangnya disaran memakai pelindung diri sebelum mengendalikan pesakit kerana sedar jangkitan itu daripada pesakit ‘severe acute respiratory infection’ (SARI) dan ‘influenza-like illness (ILI).

— BERNAMA

Most Popular

Buat kerja tak ‘clean’, langgar ‘roadblock’ tapi tercicir nombor pendaftaran. Akhirnya kena tangkap dalam ladang kelapa sawit

TINDAKAN seorang individu lelaki tempatan melanggar sekatan jalan raya di laluan keluar tol Damansara akhirnya berjaya dikesan apabila nombor pendaftaran kenderaannya tercicir...

Tiga peluru tembus badan anggota PGA – KPN

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am yang mengalami kecederaan parah susulan insiden berbalas tembakan di sempadan dilapor stabil. Menurut Ketua Polis...

Luahan hati isteri anggota PGA mati ditembak penyeludup runtun perasaan netizen – “Suami tinggalkan kami sebagai wira negara”

"KEMATIANNYA sangat menyedihkan, tapi saya berbangga kerana suami meninggalkan kami ketika bertugas untuk keamanan dan keselamatan negara, dia seorang wira," kata isteri...

Misteri ketukan pintu sudah menular ke Kuala Selangor?

MISTERI ketukan pintu tanpa salam yang sebelum ini menghantui penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mula 'merebak' ke Tanjong Karang...