Kes Covid-19 di Malaysia Semakin Meningkat

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu siaran media melaporkan kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat naik kepada 6,796 untuk minggu epidemiologi ke-48 (26 November hingga 2 Disember 2023)

Kadar kemasukan pesakit COVID-19 (termasuk pesakit yang disyaki COVID-19) ke fasiliti kesihatan adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk dan 1.0 bagi setiap 100,000 penduduk adalah bergejala ringan. Pada ME 48/2023, pengisian katil Unit. Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula adalah sebanyak 1.1 peratus.

 

Walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 di Malaysia, bagaimanapun keadaan masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.