Keputusan tidak dijangka, pelajar ini meraih 6A dalam UPSR.

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan semalam bagi seluruh Malaysia.

Perasaan gementar tidak dapat dinafikan lagi bagi mereka yang menanti keputusan diumumkan.

Bercakap mengenai keputusan, The News telah menghubungi Sharifah Abdul Kadir ibu kepada Sayyidah Nafisah Mohammad Nahar yang mendapat 6A semalam.

“Lepas sahaja pegang kertas dia terus meluru ke arah saya, peluk dan menangis kegembiraan.

“Anak saya pun tidak sangka dia menerima keputusan sebegitu sehingga malam sebelum keputusan keluar dia tidak tidur dengan lena,” kata Sharifah kepada The News.

Kemudian , gambar Sayyidah selepas habis majlis bersama ibu bapanya itu turut tular dilaman twitter dengan meraih 700 lebih ulang ciap dan 4,000 lebih tanda suka.

Sementara itu, Sharifah yang juga guru di sekolah anaknya di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Baling, Kedah menceritakan penglibatan anaknya dalam sekolah .

“Anak saya terlibat dalam banyak pertandingan sama ada akademik atau kokurikulum hingga ke peringkat negeri.

“Dan dia baru sahaja menerima tokoh akademik hasil penglibatan dia dalam sekolah,” katanya lagi.

Turut difahamkan bahawa Sayyidah satu-satunya pelajar yang menerima 6A di dalam sekolah antara 64 orang pelajar semalam.

Ibu Sayyidah amat berbangga dengan keputusan anaknya. Turut berkongsi rahsia anaknya berjaya.

“Saya boleh nampak usaha dia bila berjumpa dengan cikgu di sekolah disebabkan subjek yang dia lemah. Itu contoh yang baik.

“Saya juga akan pastikan lepas dia solat maghrib Al-quran dia haris baca dan ulang kaji pajaran seperti biasa. Itu penting,” kata Sharifah lagi.

Bagaimanapun, Beliau turut berkata bahawa anaknya ingin melanjutkan ke sekolah berasrama penuh.

“Dia kata dia minat dalam aliran agama. Jadi dia sendiri memberi cadangan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi di Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam , Kedah.

“Saya sebagai ibu pun tidak melarang dengan apa yang dicadang malah saya bersetuju,” katanya.