Kenyataan buka jalan kepada dunia luar, Jennie Blackpink ‘diserang’ teruk Army BTS

SALAH seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie menjadi mangsa kecaman netizen di laman sosial.

Semuanya bermula apabila Jennie atau nama sebenarnya Jennie Kim, 24, ‘diserang’ peminat kumpulan BTS yang menggelar diri mereka sebagai Army selepas membuat kenyataan bahawa kumpulan Blackpink berharap agar dapat membuka jalan kepada pemuzik Korea Selatan lain untuk dikenali di seluruh dunia.

Melalui laporan Koreaboo, Jennie dikatakan membuat kenyataan tersebut melalui satu sesi temuramah bersama stesen radio Hits 97.3 melalui program SOFLO Morning Show.

Rata-rata komen yang dilemparkan mendakwa sudah ada selebriti Korea Selatan lain yang sudah membuka jalan untuk artis baru negara tersebut sebelum Blackpink mula terkenal di serata dunia.

Peminat BTS turut meluahkan rasa tidak berpuas hati mereka di laman Twitter

Ruangan komen di Instagram Jennie turut dipenuhi spam yang mendakwa jalan ke peringkat global sudah lama dibuka kumpulan BTS.

Namun bagaimanapun peminat Blackpink yang digelar sebagai Blink tidak mendiamkan diri dan cuba memenuhkan ruangan komen di Instagram milik Jennie dengan kata-kata positif.

Untuk rekod, lagu terbaharu Blackpink berjudul Ice Cream duet bersama Selena Gomez masih menduduki carta trending nombor satu di Youtube Malaysia selepas dua minggu dilancarkan.