Kegembiraan Tujuh Sekawan Bertukar Tragedi, Remaja OKU Lemas

Kegembiraan tujuh sekawan meluangkan masa bersama dengan bermandi-manda di Air Terjun Berkelah bertukar tragedy apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lepas pada Sabtu.

Mayat Harun Mahmud, 20, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) ditemui anggota bomba di dasar sungai dengan keadalaman tujuh meter, pada jam 12.52 yang kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang bekerja sendiri bersama dua lagi rakannya ke kawasan lebih dalam dan menyebabkan mereka hanyut pada jam 11.30 pagi.

“Dua rakan mangsa hampir lemas sempat berpaut pada dahan kayu di tebing sungai manakala mangsa telah didapati hilang.

“Rakan-rakan mangsa yang lain tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan kejadian berlaku sangat pantas dan keadaan dasar kolam yang sangat dalam,” katanya pada Sabtu.

Mangsa bersama rakan-rakan menaiki motosikal tiba di situ kira-kira jam 11.20 pagi.

“Mangsa bersama enam rakan lain telah mandi di bahagian hilir Air Terjun Berkelah iaitu kawasan lubuk yang agak luas, sebelum mandi ke kawasan lebih dalam,” ujarnya.