Once Seru Warga Indonesia Tinggal di Malaysia Undi Parti PDIP Yang Diwakilinya

Bekas penyanyi kumpulan Dewa-19, Once Mekel merupakan salah seorang calon pemilihan umum 2024 (Pemilu 2024) atau pilhan raya Indonesia yang bakal berlangsung pada 14 Februari ini.

Once, 53, merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat dan nasibnya akan ditentukan oleh kira-kira 4.3 juta pengundi.

Seramai 125 calon yang bertanding di daerah DKI Jakarta II, termasuk selebriti, bekas menteri, ahli akademik dan pemimpin parti politik.

Tempoh kempen keseluruhan bermula pada 28 November tahun lalu dan akan berakhir pada 10 Februari dengan hari mengundi dijadualkan pada 14 Februari.

Bagaimanapun, buat warganegera Indonesia yang tinggal di Malaysia, mereka akan keluar mengundi awal yang dijadualkan berlangsung esok.

Once menyeru semua warganegara Indonesia yang berada di Malaysia untuk keluar mengundi dirinya, calon nombor 2 pada esok hari.