Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat bertandang ke Tanjung Sepat esok, beras & telur sepapan hanya RM10!

terkini

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bakal mengadakan Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat yang akan diadakan di Kompleks Muhibbah Tanjung Sepat, Tanjung Sepat, Selangor pada Ahad.

Karnival yang akan bermula seawal 9 pagi ini akan menawarkan jualan barangan keperluan dapur kering dan basah dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Antara barangan yang ditawarkan ialah seperti bawang, kentang, bihun, gula dan susu pekat dijual dengan harga RM1 sahaja.

Beras dan telur (sepapan) hanya dijual dengan harga RM10.

Selain itu, Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat turut menawarkan ikan segar dibawa terus dari jeti termasuk ikan pari, kerisi, selayang, cencaru, kembong, sotong dan udang.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengambil inisiatif mengadakan karnival ini bagi membantu penduduk berdepan dengan inflasi dan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Penduduk sekitar dan berdekatan dijemput hadir bagi merebut peluang mendapatkan barangan keperluan dengan harga istimewa ini.

Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat sebelum ini diadakan Taman Putra Perdana, Sepang dan memberi manfaat kepada ratusan pengunjung