Jenazah Zayn Rayyan Selamat Dikebumikan

Jenazah kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, selamat dikebumikan sebentar tadi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Jenazah Zayn Rayyan dituntut ahli keluarga selepas selasai proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh, Selangor oada jam 6.55 petang, Khamis.

Hasil bedah siasat mendapati Zayn Rayyan yang ditemui di aliran sungai berdekatan rumahnya, mati dibunuh. Ia berikutan terdapat kesan cedera pada leher dan badan Zayn Rayyan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Sumber : Bernama