Hina Islam, Ricky Shane Mohon Maaf Dibawa Ke Balai Selepas 6 Jam Dikepung Di Bawah Rumah

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Ricky Shane Cha menulis komen di Facebook dengan menghina agama Islam pada Sabtu.

Ricky Shane menulis komen yang menyentuh sensitiviti umat Islam pada isu stoking yang tertera kalimah ALLAH yang dijual di beberapa premis kedai serbaneka KK Super Mart baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada Ahad, lelaki yang berasal dari Sabah itu membuat permohonan maaf di Facebooknya.

“Saya Ricky Shane memohon ampun terhadap warga-warga Muslim atas kesalahan yang saya buat tentang isu tular (baru-baru ini).

“Saya amat kesal atas perbuatan cuai saya dan mohon semua muslim memaafkan saya dengan seikhlas hati atas segala hantaran dan komen saya selama ini,” tulisnya.

Dia juga menyatakan yang dirinya merupakan seorang Muslim yang sudah memeluk agama Islam sejak dua tahun lalu.

“Sebenarnya saya mualaf sudah dua tahun, masih banyak perlu saya belajar dan hormat terutamanya agama Islam.

“Saya minta agar kamu faham kita manusia biasa buat kesilapan dan saya minta ampun agar bulan Ramadan ini, kita boleh bermaaf-maafan antara satu sama lain.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang besar ini dan akan bertaubat. Sekali lagi saya minta maaf kepada yang terlibat,” katanya.

Menerusi satu video di media sosial, rumahnya dikepung oleh orang awam selama enam jam dan dibawa ke balai polis berdekat.