Gara-Gara Pintu Lambat Dibuka, Wanita Marah Pemandu Bas

Gara-gara pintu bas lambat dibuka bila sampai ke destinasi, seorang penumpang wanita bertidak memarahi pemandu bas yang juga merupakan seorang wanita.

Menerusi video pendek yang tular di X, penumpang wanita tersebut tidak berpuas hati kerana pintu bas lambat dibuka walaupun sudah tiba di destinasi. Kedua-dua penumpang dan juga pemandu merakam video menggunakan peranti masing-masing.

“Kenapa tak boleh masuk bas daripada tadi? Saya dah siap scan to ride.

“Ini bukan kali pertama saya naik bas. Mana ada bas nak berhenti waktu kosong macam tu,” ucapnya dengan nada yang tinggi.

Bagaimanapun pemandu bas berkenaan yang agak berumur berdasarkan suaranya menjelaskan sebab pintu bas tidak dibuka.

“Adik tak biasa naik bas lagi ni. Dia ada masa nak masuk MRT.

“Ada masa berlepas, ada masa masuk MRT,” jelas pemandu tersebut

Menjengah ke ruangan ciapan, rata-rata netizen berpihak kepada pemandu bas tersebut.

“Bas memang ada schedule, dia sampai awal tak bermakna boleh buka pintu bas.. kena tunggu time, baru bas tu buka pintu.

“10 tahun lepas saya naik bas Rapid pun sama kak. Dia tak akan buka selagi tak waktu dia bergerak.

“Kak, bas tu ada jadual dia nak masuk ke MRT station. Kalau dia sampai awal or belum sampai masa lagi, even dia dah ada dekat stop pun pintu tak boleh buka untuk awak,” tulis sebahagian daripada netizen.