Gandingan baharu ERA D’Boyz bersama Nabil Ahmad

    Segmen petang di ERA semakin rancak dengan gandingan baharu personaliti-personaliti terkenal iaitu Radin, Danial bersama Nabil Ahmad yang mengendalikan segmen ERA D’Boyz, setiap Isnin hingga Jumaat dari 4 petang hingga 8 malam.

    Bermula Januari 2020, peminat-peminat ERA akan dihiburkan dengan telatah, lawak jenaka dan pengisian menarik yang serba baharu oleh Radin, Danial bersama Nabil Ahmad di ERA.

    Gandingan baharu ini membawakan pengisian menarik seperti:

    Chef 2 Gossip: Topik berkaitan isu semasa dan cerita-cerita artis tempatan mahupun antarabangsa yang di lakonkan dengan kaedah memasak;

    Pikat Line: Nabil dan Danial cuba untuk memikat hati peminat dengan ‘pick up line’;

    Can Sing Ar?: Peminat ERA boleh karaoke bersama Danial;

    D’Boyz Polls: Interaksi bersama peminat ERA menerusi laman sosial;

    Gogel Translate: Nabil akan terjemah perkataan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dengan caranya sendiri.

     Sebelum ini, Nabil mengendalikan Carta ERA 40 setiap hujung minggu.

     Dengarkan ERA D’Boyz bersama personaliti-personaliti ERA yang pastinya menghiburkan petang anda dengan pengisian santai yang bermanfaat.