Dua Rakyat Malaysia Antara Sembilan Orang Yang Ditahan Di Bangkok Dalam Satu Pesta Dadah

Foto : Linkedn

KUALA LUMPUR – Dua rakyat Malaysia antara sembilan warga asing yang ditahan Polis Thailand dalam satu pesta dadah di sebuah rumah mewah di Thab Chang, daerah Saphan Sung, Bangkok.

Menurut Bangkok Post, lima suspek iaitu tiga lelaki dan dua wanita merupakan warga China, seorang lelaki Vietnam dan seorang lelaki dari Myanmar turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bang Chan, Pol Kol Siwat Sriwichai dipetik berkata, polis melakukan selepas menerima aduan penduduk di taman perumahan itu bahawa pesta dengan muzik yang kuat sering diadakan di rumah berkenaan.

Katanya, bukan hanya dadah malah polis turut menemui senjata api dalam sebuan tersebut.

“Polis menemui ketamin dalam dulang buah-buahan, 24 tablet Erimin 5 (Nimetazepam), dan sepucuk pistol berisi lapan butir peluru,” katanya.

Kesemua suspek didakwa bersubahat memiliki dadah Kategori 2, senjata, dan peluru.

Kesemua sembilan warga asing tersebut dibawa ke balai polis Bang Chan untuk tindakan undang-undang.