David Beckham Muat Naik Gambar Berlatar Belakang KLCC, Reaksi Peminat Menghiburkan!

Ikon bola sepak, David Beckham memuatnaik gambar di Instagram dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas. Hantaran tersebut mendapat reaksi rakyat Malaysia yang rata-rata teruja melihat bekas pemain bola sepak berada di Kuala Lumpur.

David Beckham yang kini berada di Malaysia sempena The World of the Predator Exhibition yang dianjurkan oleh jenama gergasi Adidas yang berlangsung di The Exchange TRX.

Ramai peminat dan selebriti tempatan meninggalkan komen yang menghiburkan pada hantaran tersebut antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Steffi Sidhu, Shiha Zikir dan ramai lagi.

“Astaga der. Bagi tahu la datang nanti aku boleh pergi ambil kau bawa jalan-jalan makan der,” tulis Khairul Fahmi (Apek)

Jemput la datang rumah esok makan-makan sambal udang berserta dessert lompat tikam. Tak kan tidak ekkkkk

“David, nanti pergi jalan-jalan Seksyen 7 Shah Alam tau ada Jakel

“Kirim salam Kak Victoria. Boleh la ajak pergi pasar TTDI esok pagi,” antara komen netizen.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Beckham (@davidbeckham)